Showing posts with label Karya Seniku. Show all posts
Showing posts with label Karya Seniku. Show all posts

Friday, September 19, 2014

Love Istanbul!


Lakar main-main~conteng-conteng!
Tapi serius mahu kesini.. jom! :)


Shahira Khir

Friday, August 29, 2014

Mount cook

Assalammualaikum..

My colour pencil drawing~

Mount cook, New Zealand 
in my "green" version! aha :)


Shahira Khir

Friday, June 27, 2014

Love Venice!


Walau kurang tepat sudut geometrinya.. kurang kemas warna lakarnya..aku tetap serius!

Serius! Lama sungguh tidak bermain warna melakar.
Serius! Lama sungguh tidak merasa seronok ketika berus ligat mewarna.
Serius! Lama sungguh tidak rasa puas melihat hasilnya.

dan...

Serius! Lama sungguh hati dan kotak fikir tidak segembira ini.
kerana..

Serius aku ingin sekali ke Venice!
Alhamdulillah..

P/s: Shera guna kertas yang buat sendiri (recycle from newspaper).

Shahira Khir

Sunday, December 22, 2013

Botol

Happy Saturday!

Kini Sabtu tak kerja..syukur! :)
Jadi boleh rehat lebih, 2 hari cukup rehat..Insha Allah
Jadi banyak juga masa kosong, dari mengadap laptop/Tv/mengemas rumah/mencuci..emm apa lagi ya

Biasa "weekend" saja ada masa kemas rumah.
Sibuk mengemas dapur, buang semua benda-benda tak berguna termasuk botol-botol kicap/sos.. Tiba-tiba hati terdetik nak kutip balik botol-botol.. Cuci bersih-bersih dan keringkan.. Sebab masih tiada idea jadi biarkan dulu botol-botol kering.
Sambil tu google "how to recycle bottle" dapat banyak link webside, blog http://www.redtedart.com/

Semua kreatif..jadi rasa semangat nak kitar semula! :)

Wajah Vesellin lotion versi botol kaca :)
Rasanya nampak kosong saja botol-botol..Nanti mau beli pen khas untuk conteng sama itu botol..hiks!
Ideas from google



  

Recycle, Reuse, Reduce 

Shahira Khir


Monday, September 24, 2012

more doodles..

Assalammualaikum..
Ini hari mahu kongsi lagi dengan semua doodle2..
Harap semua mendapat manfaat :)

Shahira Khir


Friday, September 21, 2012

My first Doodles

Assalammualaikum!
Lamanya tidak mencoret- coret cerita diblog ini.
Banyak masa diluang dengan bermacam tujuan.
Pertama kali saya cuba buat doodle sendiri.
Selama ini hanya melihat doodle karya-karya yang lain..
Sekarang sudah punyai sendiri..yeaahhh!
Alhamdulillah :)
Originally from myown. 

Anak buah menjadi inspirasi dalam hasilkan doodle ini.
Harap dapat memberi manfaat pada semua dan diri saya.
Please support me ya..chill!
Insyaallah akan menyusul karya-karya yang lain pula.


Shahira Khir..

p/s: pada sesiapa ingin share doodle ini, dipersilakan..atlease beritahu saya ya..thanks! :) 

Monday, March 12, 2012

Sinaran terbenam


Lama sungguh tidak pegang berus..
Lama sungguh tidak bermain warna..
Lama sungguh jari-jari ini tidak melakar dikertas..
Padahal itu aktiviti yang paling gemarku lakukan!
tanda tanya..

Minggu lepas, balik kerumah dan cipta satu lukisan.. :)
Rasa kekok, lama sangat tidak melakar~mewarna!


























Kerana ini bukan bidangku ambil dikolej.
Tapi ini minatku :)

Sunday, August 14, 2011

Cermin

Beberapa hari ni angin di Melaka agak kuat.
ermm..entah lah mungkin faktor cuaca mahupun kediaman Shera yang tinggi. Semalam angin kencang tapi tak hujan sampai terdengar bunyi macam singa mengaum padahal bunyi angin. Kalau tinggal rumah sorang mesti dah takut :)

Angin kuat sangat sampai cermin yg Shera gantung didinding jatuh!
Ouhh Allah! terkejut! Pecah habis cermin :(
Bayangkan dengan angin yg bunyi singa mengaum tu ditambah bunyi cermin jatuh...ouuhh Allah memang terperanjat! terdiam Shera..
Lama Shera tenung cermin yg berderai ats lantai..kaku!
Shera sgt senang terperanjat..

Harini Shera kemas cermin yg pecah, nak buang semuanya tapi..
rasa macam tidak mahu pula.
Jadi Shera buat hiasan dinding :)



Dari dinding dibiar kosong, tampak cantik dihias.
betul bukan :)

Shahira Khir

Friday, June 24, 2011

Aku bukan pelukis, aku seorang peniru

Assalammualaikum.
Cuti semester masih belum tamat.
Cuti kali ini sangat panjang.
Apa nak dibuat selain tidur dan tonton siaran.
Selain bersiar mengurangkan duit, apa lagi pekara faedah perlu dibuat dikala cuti?
Jadi, Shera lakar satu lukisan yang indah dijadikan hiasan dinding dirumah :)
Tidak mahir melakar, menconteng mahupun mewarna tapi usaha mengasah bakat yang dikurnia..
Tidak berpengalaman dan tidak belajar, hanya mengikut kata fikiran mengangat tangan supaya gigih melakar :)
Dari dibiarkan kosong, dinding sudah dipenuh.
Walaupun tidak tergantung digaleri-galeri lukisan..
biarlah ditonton digaleri syurgaku(rumah)dan ditonton oleh orang yang hebat kasih sayangnya(keluarga).
Terimakasih babah kerana frame-kannya :)..

Shahira Khir

Friday, April 29, 2011

Kasut

Assalammualaikum all!
Sebelum tu nak ucapkan Tahniah kepada semua students yang dah habis final "lepas seksa semester ni..hee :)"
bagi yang belum habis, teruskan usaha anda "Its a WAR :)"

Now, nak cerita pasal bulan lepas.
Shera ada beli croc dekat jusco harga RM10 saja..bukan ori pun.
Student sengkek macam Cik Shera ni mna ada duit nak beli stuff mahal2. Cukuplah sekadar dengan bersedarhana :)
Bila tengok betul2 kasut tu simple sgt..kosong je. Shera suka benda yang unik, halus, detail, remeh, susah...samalah seperti jiwa Shera yang amat minat kearah seni.

Sebab nampak kosong sgt. Shera conteng kasut tu..
Sepanjang tempoh finalexam haritu Shera pakai kasut ni dlm dewan.
Shera guna "magic pearl pen" utk conteng. Selain kasut boleh juga conteng dibaju, topi..pen tu kalis air kekal.



 Semoga memberi inspirasi kepada semua.
Selamat mencuba :)


Shahira Khir