Showing posts with label Kata Hati. Show all posts
Showing posts with label Kata Hati. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Game over!

"jika satu dosa kau buat aku mencintai, adakah ia satu pahala buat kau khianati aku!"

surrender! just give you win~

Shahira Khir

Wednesday, September 3, 2014

Wednesday, August 27, 2014

Rasa

Di tanah ini..
Aku insan biasa, penuh rasa dosa, sentiasa mencari sinar pahala,
namun punya rasa cinta..

Hanya Cinta pada mu Ya rabb, ada lah cinta hakiki..

Shahira Khir

Bahasa

"Satu bahasa yang paling senang untuk dipelajari~ paling mudah untuk dituturi..
Namun paling susah untuk difahami ialah...


diam...



#aku pelukis! megat

Senyum dengan bulan..moga sampaikan salam rindu..


Shahira Khir

Sunday, August 24, 2014

Nama

"Jagalah nama, hidup adalah pementasan dan penuh drama" kerna "usia dan detik masa sikit pun tidak ingin kembali"

Ehsan gambar permandangan cantik Bukit Tabur dari insan yang baik, banyak cerita, sikit pun tidak lokek kongsi cerita/tips-tips~ En Azrie! Moga sentiasa senang hati :)


Shahira Khir

Thursday, August 21, 2014

Kasihku

Jika menyayangi, mencintai kamu adalah satu dosa, apakah melukai aku merupakan satu pahala!

buat aku kun fayakun..

#aku pelukis!

Diari 2013

Shahira Khir

Sunday, August 10, 2014

Pagar Hati

Assalammualaikum..

Saya jarang sekali mencoret rasa cinta diblog. Mungkin tak banyak pengalaman mahu dikongsi...dan kebanyakkan semua yang menyakitkan! Tiba satu masa terus "give up!

hmm..

tapi rasa itu terus-terus hadir, ada saja yang coba singgah penuhi ruang kosong hati, tapi kali ni saya sungguh hati-hati! Saya bukan yang dulu, buta! Bukan saya buang rasa yang dianugerah, saya terima dengan syukur dan suka. cuma saya takkan coba-coba lagi ingat hal manis semalam kerana..

saya sudah pagar hati dan kotak fikir..
biarkan saja Sang Agung tentukan.. :)

Shahira Khir

Monday, August 4, 2014

Kesempatan

"Manisnya kata-kata, buat aku berkaca-kaca"~ puiii

Iyerr.. "sikap saya jujur, sebab saya harapkan yang sama"

Bagus sungguh ambil kesempatan..kejam! Serius! Rasa mau "tikam-tikam"! aha.
Tak lah, saya tak sekejam itu sebab saya juga bijak berlakon di panggung dunia. Walau bukan pelakon terkenal, cukuplah untuk "protect" dari orang-orang yang tak kenal erti kejujuran..erti harga diri!
Wahai sekalian, wahai sang adam sampai bila mau bermain kata-kata manis berbau dusta! Rayuan, tolonglah jangan biarkan saya jadi mangsanya.

Cukuplah buat saya terlibat sama terpaksa hilangnya erti "ikhlas" dari diri...

Shahira Khir

Wednesday, January 4, 2012

Tahan

Tahan..
Semuanya kena tahan sendiri..
Kerana aku satu..
Banyak yang perlu tahan dengan kerenah 
ciptaan yang paling cerdik.
Dikalangan yang ramai, kerenahnya bermacam..haishh!!
Mesti tak lepas dari ditindas mereka..
Tindas!
Sangat susah mereka untuk berhenti!


jadi perlu TAHAN..
Tahan!
Tahan!
Tahan!
Bodoh~tak lawan!
Jika lawan lagi mudarat!
Tahanlah sampai dapat kemanisanya..
Tapi ingat!
Sebelum  nikmati kemanisan,
hempedu racun perlu dihadap.
Hidup adalah perjalanan cerita yang panjang..
Moga hidup ditanah ini bermakna untuk bekalan kehidupan yang kekal abadi sana.


SIAPAKAH wanita cantik itu?
  • Dia melukis kekuatan melalui masalah.
  • Dia tersenyum saat tertekan.
  • Dia tertawa saat hati sedang menangis.
  • Dia tabah saat dihina
  • Dia mempersona kerana memaafkan.
  • Dia mengasihi tanpa balasan
  • Dan dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi



Inspire me
Marwa El SherbiniMarwa El Sherbini,



Shahira Khir

Friday, December 9, 2011

Si Lemah....


Di planet ini, 
susah kalau diri terlalu malaikat..
Ada saja kesempatan yang dikenakan..
Mesti ada!
Semua berlumba-lumba tunjukkan lagak..
Cehh!!
Yang lemah akan jatuh..jatuh dan tak terdaya bangkit..
Yang lagak hebat akan merasa menang dan...

dan akan terus menindas..
Tapi ingat! 
Bila tiba waktu..
Yang lemah akan bangkit, terus merangkak,
berjalan dan terus gagah berlari.
Tak selamanya kau mundur wahai si LEMAH..

Walaupun sudah bangkit dan tinggi kelak..
Janganlah kau lupa pada silam mu....
Itu lah permulaan kemenangan mu..

Shahira Khir.

Wednesday, December 7, 2011

Angan

Masa paling gembira pabila di alam lamunan..
Macam-macam bermain di kotak fikir..
Hidup dalam angan..Semuanya indah! aha :)
Ku coret-coret jalan cerita ketika senggang..
Gembira pabila anganku ikut kemahuhanku.
Di alam angan.. Aku lah Raja!
Semuaku impikan akan ku kecapi nikmatnya..
Angan akan terus berlaku...
Akan aku teruskan gembira ini..
Sehingga..




Sehingga aku tersedar..
Tersedar dari lamunan panjang..
dan..
akhirnya dunia kembali realiti..
Kembali kelam..
Pabila senggang, gembira kembali. Realiti menghilang..
Pabila realiti muncul dunia ku kosong..

Shahira Khir
Dan seterusnya..
Sehingga pemilik bumi dan angkasa 
mengambilnya dari penghuni planet ini..

Tuesday, December 6, 2011

Akhir

Yang bermula pasti berakhir..
Itu kenyataan di planet ini..
Diam lebih baik dari menjatuhkan..
Perit sendiri rasa..
Ketawa pada diri! aha
Akhirnya sudah semakin hampir..
Semakin hampir!
Ya semakin hampir!
Mengira-ngira hari bilanya berakhir..
Ini pasti!
Pasti ada pengakhirannya.
Sedia bermula dengan tiada apa-apa..
Jiwa akan sendiri kuat..
Pengakhiran pada semua disayang..
Sehingga ketemu lagi pada yang sudi.
Selamat tinggal pada kenangan.


Shahira Khir

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan





















Salam Ramadhan untuk semua..
Semoga lebih dekat lagi dengan-Nya,
Semoga lebih mendapat keredhaan daripada yang maha esa,
semoga lebih bersyukur diatas segala rezeki yang diterima,
Semoga tidak lalai mengerjakan ibadah untuk-Nya,
Semoga menjadi khalifah yang lebih soleh/solehah hendaknya,
Semoga membuat lagi segala kebaikan dan laksanakan perintah-Nya,
dan..


Semoga Allah senantiasa meredhaimu dan mengasihimu :)

Tuesday, July 12, 2011

Hidup

Tidak mengapa bersendiri
Cuba lihat sekeliling, masih diikerumuni yang lain
Janji tidak sekali menyakiti atau disakiti
Jangan berharap gunung emas dapat kamu miliki
Kerana tidak ada janji boleh diberi
Aku tidak mahu apa-apa samaada sungguh ikhlas memberi
Jangan memberi sejuta kebaikan
Kerana tidak ada janji akan dapat memilik hati yang degil
Takut duka bercampur amarah selubungi jiwa
Sangat sukar leburkan hati yang degil
Yang bertuah saja dapat memenanginya
Rasanya perjalanan masih jauh
Banyak macam ragam mahu ketemu
Ingat! Yang bertuah saja dapat memenangi
Kerana kamu bijak mengatur jalan :)


Shahira Khir

Saturday, June 25, 2011

Hakikat si Carnations


Tampak mereka bahgia bukan?
Carnation nama inggeris saja dikenal
Ditakdir tumbuhnya tumbuhan bunga yang indah
Terlihat merah lagi bahgia kerana sepasang
Tidak terdaya mengeluarkan haruman yang dapat menyaingi ros
Tak semua ciptaanNya sama rupa, namun hendaklah bersyukur
Namun ,masih tetap senang hati pada siapa terlihat
Sangat bertuah punya pasangan berbanding putih sendiri sepi
Putih tampak bersinar menunggu cinta baru
Iri hati dirasa tapi masih punya rasa kasih
Kerana…..

Kerana hakikatnya engkau semua hanyalah bunga yang ditanam
didepan rumah ku.
Pohonnya ku dapat diCameron Highland dengan harga Rm7 sepasu :) aha


Shahira Khir

Wednesday, May 4, 2011

Cantik tapi sunyi..

Cantik tapi tak siapa tahu
Leka dengan dunia yang hitam
Senyap, tak pandai menyerlah 
Malu, mahu melihat dunia yang indah
tapi pabila berbicara kelihatan angkuh
jadi yang termampu.....
Hanya menunggu silauan mentari
Mentari menghilang bulan mendatangi
mengira-ngira hari menunggu ajal hampir..

Shahira Khir