Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

Barang rumah

Salam Awal Muharam~Sudah masuk tahun baru :)

Hari ini "Publicholiday", jadi keluar sama teman serumah (Jaja_Liza) pergi Ikea,
saja cari barang2 keperluan rumah.
Awalnya mahu singgah kedai buku brothers/mph di TheCurve, akhirnya leka dek asyik berangan deko rumah saja.suka Sijaja dan Liza..ish! 

Hari ini keluar masih makan yang boleh naik berat badan!
aishhh..mulai esok mesti tekad untuk diet! :)

Shahira Khir.

Saturday, April 9, 2011

Sepetang di Persisiran

Salam to all..
How was your days?
Alhamdulillah my Assigment/ FinalProject, semuanya sudah settel, yuran kolej semuanya sudah bayar, slip periksa pun sudah print.. Syukur alhamdulillah sangat2. Lapang dada. Sekarang ini tinggal nak finalexam saja. Dah bertungkus-lumus, stress, tension, giveup, sukaduka, pahitgentir, senangsusah, masammanis dan macam-macam kerenah dalam semester ini akhirnya sudah berakhir.. Segala kesusahan dan kemanisan yang baru akan dihadapi bila buka sem baru nanti..ooohhhh tidaakkkk!!!!
Assigment dah siap so boleh ronda2..hehee :P



Cik Shera dah lama tak keluar bersiar, asyik study saja..

  Ini Amoi...classmate paling rapat. Kalau sorang malas ke kelas..dua2 ponteng. Kami suka ponteng class 3D, fuhh nasib tak kena bar saja.. :)
 ok ini Faraa....

Isnin ini final! nervous juga..byk masih blum study..
Ok stop sini terimakasihdaunkeladi
nantijumpalagi :)

Shahira Khir

Tuesday, December 14, 2010

Aktiviti ketika cuti semester

Assalammualaikum...
wahhhhh....lamanya tak update entry baru...miss to all readers so much.. :)
Ok..selama cuti semester ni, tak banyak aktiviti yang shera buat..
Selain waste time with family, family and familiesssss...
Shera buang masa dengan karoke and play "Word Storm" bersama cousin..


Ok bye...see u later

Shahira Khir

Monday, August 30, 2010

Awan-awangan Kapas



 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Semalam hari Ahad, mood biasa-biasa saja, tak rasa nak marah dan tak rasa happy sangat. Kehidupan berjalan seperti biasa, tidur, bangun tidur, mandi, basuh kain, perah kain, makan, sahur, berbuka puasa, on Fb, komen2 gambar di Fb, tengok video orang tag di Fb, tulis blog, baca blog, golek-golek atas katil sambil gentel bantal, dengar lagu kuat-kuat..bla...blaaa..blaa..... Terasa sangat BOSAN pula.
Bila bosan apa nak buat yaaa kawan-kawan???? ermm..apa lagi kita cepat-cepat berlari-lari anak cari sama itu "Kak Dhua godong-godong "untuk bawa kami keluar bersiar-siar..yeahhhhh!! thank alot Dhua..muaxx
Tapikan kami tak tahu kemana haluan yang kami ingin tuju. So, kami semua decide pergi pantai.. Yeahhhhh..pergi pantai lagi.. Kami berbuka puasa disitu lagi..Memang beshhhhhh!!..wink..wink..

OK bye

till then

Tuesday, August 24, 2010

Rongeng-Rongeng Lensa


Salam Ukhuwah

Sudah lama rasanya tidak update blog kesayangan.Task dan class yang sesangat padat ditambah dengan masa berjalan-jalan serta bergolek-golek dikatil memang tidak cukup masa untuk duduk mengadap laptop kesayangan untuk update blog. Tapi hari ini, sangat seronok dapat mengarang panjang2 meluangkan masa membebel-bebel di blog kesayangan yang tidak seberapa ramai yang berminat untuk membacanya. Disini ingin juga ucapkan "thanks alot to all reader yang ingin singgah diblog ni"


Sabtu lepas, sangat-sangat boring..biasalah Sabtu, tak akan nak duduk di bilik saja. Weekend mestilah keluar rongeng-rongeng dengan teman yang comel dan baik.. Mereka adalah Zura, Scha, Lily & Wani. Kami rongeng-rongeng sekitar bandar Melaka bandar sejarah! cehwah!. Kami bukan saja rongeng2 malah kami "capture photo". Trademark "Rongeng-rongeng Lensa". Memang seronok snap photo, wink..wink :)

Mereka sangat comel bukan :).
Like this picture. zura dok mengedik-gedik nak tangkap gambar dengan si bdk matsalleh sgt nih!




Kami saja singgah di tepi sungai Melaka, saja nikmati keindahan suasana malam. Terlintas difikiran suatu ketika dahulu, Sungai inilah menjadi saksi Penaklukan Melaka oleh penjajahan yang gila kuasa memperluaskan tanah jajahan & disinilah Perlabuhan yang dulunya sibuk dengan perdagangan singgah memperdagangkan hasil jualan dari pelusuk dunia. I like history so much! :)


Ok itu dia Miss Godong-godong kita. Tampak bergitu bulat walaupun berposing secara menyereng. Bulan Ramadhan bulan baik, berpuasa disiang hari, makan dimalam hari tetapi Miss Godong-godong kita masih tidak dapat menurunkan berat badan. OMG!
"junker walk"

Masa di "JunkerWalk" (handphone sony S312 ku telah dicopek oleh si pencopek yang jahat lagi tak HENSEM)..Benci!! Handphone cacat berjerawat & penuh kudis itu pun ada orang nak curi. Buta sungguh si pencopek yang tak hensem tu. Kejadian ini sungguh sadis..ish..ish.. 

Ok lah..berhenti disini.. Jumpa dilain entry.