Showing posts with label Coretan hidupku :). Show all posts
Showing posts with label Coretan hidupku :). Show all posts

Saturday, January 24, 2015

Tunggu

Hai lah hai,
Sampai kapan aku harus menunggu,
Sampai kapan mahu ku tertunggu,
Tidak kesian ke sama aku,
Aku utuhkan pagar untuk yang lain,
Aku bukakan pagar hanya untuk kau masuk terus kerumah hati

tapi kau seperti ragu-ragu mahu masuk..
ayuhhh!
hanya kau saja dihati~

Shahira Khir

Jahat

Mungkin masa sudah hampir tiba, walau tidak rela, aku harus lepaskan..
Maaf..
Aku hanya mahu kau jadi pendamping yang setia, yang selalu ada..
Bukan mutlak untuk ku miliki,
Hanya sebagai penguat rasa roh dan jasmani..

Aku akhirnya tersenyum puas kerna kau sudah ketemu hai sang pasangan hati..
Tandanya kau akan melepaskan ku..
Memang itu yang ku pinta selama ini
tapi..

makin tiba masa, makin perit gelonjak hati~

hati ini jahat!

Shahira Khir

Friday, September 19, 2014

Love Istanbul!


Lakar main-main~conteng-conteng!
Tapi serius mahu kesini.. jom! :)


Shahira Khir

Sunday, September 7, 2014

Selamba

Sifat "selamba", lebih tenang, kurang emosi, buat tidak tahu saja. Selagi boleh halang, saya cuba tapi apa kemungkinan terjadi, biarkan saja. Malas nak ambil pusing~ runsing!

Selagi belum ada ikatan serius. Saya akan "salamba" saja.. Walau luar dari kotak hati berbeza. Saya hadkan perasaan yang berlebihan, saya tidak sekali tunjukkan rasa walau ianya amat sakit..tidak lagi berani melangkah lebih jauh. Saya takut hidup dalam kenangan dan janji yang tidak mungkin jadi. Saja saya buat "selamba" kerna...


saya seringkali kecewa..


Akhirnya,

Jika ditakdir kau milikku, akan kau bahgia~

Gunung Berapi, Bali~ Ehsan gambar dari insan baik yang sentiasa dirindui dan menyenangkan. Nanti mahu pergi sini..mahu rakam dan lukis suasana bumi ini. :)


Shahira Khir

Wednesday, September 3, 2014

Sunday, August 31, 2014

Shera

Disini aku bukan cari pengikut
tapi....
pengunjung yang sama minat...

Shahira Khir

Friday, August 29, 2014

Mount cook

Assalammualaikum..

My colour pencil drawing~

Mount cook, New Zealand 
in my "green" version! aha :)


Shahira Khir

Wednesday, August 27, 2014

Rasa

Di tanah ini..
Aku insan biasa, penuh rasa dosa, sentiasa mencari sinar pahala,
namun punya rasa cinta..

Hanya Cinta pada mu Ya rabb, ada lah cinta hakiki..

Shahira Khir

Bahasa

"Satu bahasa yang paling senang untuk dipelajari~ paling mudah untuk dituturi..
Namun paling susah untuk difahami ialah...


diam...



#aku pelukis! megat

Senyum dengan bulan..moga sampaikan salam rindu..


Shahira Khir

Sunday, August 24, 2014

Lemah

Assalammualaikum..

"Ohh Ya rabb! Terima Kasih masih beri pinjam nyawa"

~dua hari tinggalkan seketika rumah makabah.

Lama aku duduk termenung, depan "laptop" pinjaman, sekejap aku tenung kotak nipis TV toshiba, sekejap aku tenung kembali laptop..Air nescafe separuh cawan yang ku bancuh masih berasap.."sikit pun" belum rasa mahu teguk. Lama aku duduk, "sikit pun" tidak mahu berganjak..aku duduk posisi bersila di kerusi, "sikit pun" tidak mahu kaki ini jejak dilantai.. Mungkin "sesal" tidak pun "takut"..tidak pun "malu" atas "khilaf" lepas. Iyer pagi Ahad, pagi untuk kebanyakkan rehat hujung minggu! Tiba-tiba aku cuma ter "imbau" cerita-cerita lama yang sudah jadi sejarah perjalanan cerita hidup. Serius aku benci perasaan itu, ianya "hempedu"! Serius dulu "aku bukan insan baik".. Aku alpha dengan duniawi sementara.. "Kolej", teman-teman, hantu-hantu! Bermacam rakan sekerja.. dan gelaran "kekasih sehidup semati"~ puii! Demi hari aku cuba melangkah pada "kebaikan", aku tidak mahu kembali pada yang lama..tapi dugaan itu sentiasa datang menguji, sentiasa! Setan! Ikut usia masih muda, tapi cepat sedar diri.. Sehingga aku jumpa kembali "racun" itu! aku cuba elak, elak! aku masih ingat padaMu Ya Agung, aku masih ingat padamu Ya pesuruh Allah-Muhammad, pada orang yang melahir ku, tapi....

emmmm...

aku hanyalah insan yang "teramat" lemah.. aku tewas akhirnya..sobs!
Sekali lagi aku ulangi "khilaf" yang sama. "Mungkin" bila dicerita pada umum, ianya mungkin "khilaf" biasa.. "Mungkin" orang boleh bicara itu "normal", bukan hal yang besar tapi..

bukan bagi aku!! aku sudah "pateri" janji itu, cuma aku tidak sedar "pateri" juga masih boleh rosak.. iyerr..masa dan usia tidak ingin kembali!

dan jawapannya aku "wajib" nasuha kembali..terimalah aku kembali wahai Ya rabb! Aku rayu T.T

where's my Safura..really I need you..

Hikmah atas segalanya

Shahira Khir

Thursday, August 21, 2014

Kasihku

Jika menyayangi, mencintai kamu adalah satu dosa, apakah melukai aku merupakan satu pahala!

buat aku kun fayakun..

#aku pelukis!

Diari 2013

Shahira Khir

Hilang!

"Hilang" ~ tak jumpa

Bila terbiasa berjalan "sendirian" dan sudah mula "berteman"..

tolong jangan sekali hilang!

Setiap bermula pasti ada pengakhiran.. minta pengakhiran yang baik saja..
tapi jika mahu "hilang" juga, itu memang buat "hilang akal"!!, memang minta kena "pookkkk"! aha :)

Tolong..Jangan biarkan aku "hilang harapan" kerana itu satu dosa..

Shahira Khir

Monday, August 18, 2014

Jeles!

Assalammualaikum..

Sangat rajin pula mencoret rasa disini. Semua gara-gara banyak "gler" masa terluang..bukan sengaja nak bersenang lenang dirumah..tapi belum tiba masa yang sesuai untuk rezeki sampai..

Bila saja buka "mukabuku" mesti timbul perasaan "jeles". Saya "jeles" teman-teman perjuangan berpeluang study di luar Malaysia takpun bekerja sana. "Jeles" teman-teman sudah mula menapak untuk sebuah jalan cerita hidup, "Jeles" mereka mulai stabil... "Jeles" mengapa saya tidak seuntung mereka...hmmmm

tapi dalam bab mendirikan institusi keluarga, saya tidak sekali berasa "jeles", sebab saya cipta pelbagai "plan" untuk cerita hidup sendiri.. masih banyak cerita yang masih belum sempurna.. masih tergendala..

dan sebetulnya..

"Jeles" itu lahir dari sudut pandangan saja.. Jauh di sudut hati dan kotak fikir saya amat seronok dan bangga melihat mereka.. Mereka semua adalah teman-teman terbaik. Alhamdulillah rezeki mereka sampai awal! Cuma saya saja masih belum berpeluang untuk sempurnakan cerita perjalanan pengembaraan panjang saya.. Ya! dia saja Ar-Rabb yang akan tentukan semua :)

Shahira Khir

Saturday, August 16, 2014

Smartphone

Assalammualaikum..

Smartphone!
Saya punya makabah golongan "veteran"
lingkungan 65 tahun. Sangat "veteran"! :) Alhamdulillah masih punya kudrat, cuma tidak secergas muda! Punya penyakit bermacam.. Mata pun mula kabur. Insya Allah sentiasa sihat.. :)

Smartphone!
Semua gara-gara "Safura" yang "sponsor" smartphone makabah dan cikgunya ialah "saya".. ouhhh sgt huruhara antara cikgu dan murid. Maknya dulu hanya tahu "sms/call" kini sudah ada "whatapps"... Abah pula mula tanya soal "facebook".. abah nak cari rakan-rakan "office" dulu katanya..ohh itu mmg huruhara! aha :)
Sebenarnya ok saja..cuma golongan "veteran" ini tidak biasa dengan gadget! Its ok makabah nak try benda baru..masih mahu belajar.. :) Samalah macam saya berlajar mengaji Quran dan membaca dari makabah.

knowledge must to be share!

Shahira Khir

Sunday, August 10, 2014

Pagar Hati

Assalammualaikum..

Saya jarang sekali mencoret rasa cinta diblog. Mungkin tak banyak pengalaman mahu dikongsi...dan kebanyakkan semua yang menyakitkan! Tiba satu masa terus "give up!

hmm..

tapi rasa itu terus-terus hadir, ada saja yang coba singgah penuhi ruang kosong hati, tapi kali ni saya sungguh hati-hati! Saya bukan yang dulu, buta! Bukan saya buang rasa yang dianugerah, saya terima dengan syukur dan suka. cuma saya takkan coba-coba lagi ingat hal manis semalam kerana..

saya sudah pagar hati dan kotak fikir..
biarkan saja Sang Agung tentukan.. :)

Shahira Khir

Monday, August 4, 2014

Kesempatan

"Manisnya kata-kata, buat aku berkaca-kaca"~ puiii

Iyerr.. "sikap saya jujur, sebab saya harapkan yang sama"

Bagus sungguh ambil kesempatan..kejam! Serius! Rasa mau "tikam-tikam"! aha.
Tak lah, saya tak sekejam itu sebab saya juga bijak berlakon di panggung dunia. Walau bukan pelakon terkenal, cukuplah untuk "protect" dari orang-orang yang tak kenal erti kejujuran..erti harga diri!
Wahai sekalian, wahai sang adam sampai bila mau bermain kata-kata manis berbau dusta! Rayuan, tolonglah jangan biarkan saya jadi mangsanya.

Cukuplah buat saya terlibat sama terpaksa hilangnya erti "ikhlas" dari diri...

Shahira Khir

Pengalaman

Assalammualaikum..

"Dengan nama ALLAH Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang."

Alhamdulillah, Allah masih beri pinjam nyawa!
hmm..mungkin saya masih muda..tapi dalam realiti dunia, boleh jadi sudah dewasa. Membesar dengan institusi keluarga yang sederhana, dapat bersekolah, ber"kolej". Pernah beberapa kali kerja, berlainan "company"..pernah mangangur berbulan.. kenalan baru sentiasa ada..Masya Allah! kenalan ramai yang baik dan juga sebaliknya. Takatnya sekarang masih cuba menapak untuk sebuah zon selesa hidup. Banyak saya "plan" sebab rahsia Allah tidak tahu bila mahu ambil nyawa.
   Pesan mak abah selalu ingatkan "Jangan sesekali lakukan pekara yang boleh merosakkan masa depan".. maksudnya banyak tesirat, kena berfikir sebelum buat sesuatu tindakan yang bolehkan dahi lama berkerut-kerut! Saya bukan baik tapi saya cuba jadi selalu baik. Makin ramai kenalan..tak kesah lah kenalan di "office", di muka buku, twitter, wechat mahupun blog ini sendiri, mana-mana saja di tanah dunia ini.
  Saya jumpa banyak pengalaman mereka. iyerr..sifat saya jujur, sebab saya harap dapat yang sama. Ikut usia sebaya, mungkin tak banyak boleh "share", tapi bila dapat kenalan yang "otai-otai" ni..macam-macam! Tak dinafi..ada yang bagus! "respect sangat" terus jadi inspirasi/idola. Ada yang mahu kembali kearah kebaikkan..lagi bagus!. Ada yang "rock kapak" yang baik hati "share" lagu2 album..ohh sangat terharu! ada juga adik-adik kakak yang sekolah ni "share" kisah cinta ya.. Eh ada juga mat- mat motor besau..suka weng2 konvoi pusing Malaysia! Oh ada juga yang cari wang lebih ber "bisnes"..sangat bagus! sebab saya juga ber"bisnes"! Tak lupa pada yang mahu "curi hati"..iyerr itu sangat kena hati-hati. :) Apapun terimakasih pada kenalan! Kiranya yang tidak jujur itu biarlah..itu kenalan berdalih! pengalaman direka..

Cuma saya masih cipta pangalaman! Mungkin tiba masa ada yang sudi kongsi bersama! :)

Shahira Khir

Friday, August 1, 2014

Turun

Assalammualaikum.

Alhamdulillah hari ini syawal ke-5. Raya tahun ini cukup sederhana seperti tahun sebelumnya.
Alhamdulillah juga Allah masih beri pinjam nyawa.
Alhamdulillah juga berat badan makin "turun"..hihi..

Nak "turun" lagi! Usaha lagi


Friday, June 27, 2014

Love Venice!


Walau kurang tepat sudut geometrinya.. kurang kemas warna lakarnya..aku tetap serius!

Serius! Lama sungguh tidak bermain warna melakar.
Serius! Lama sungguh tidak merasa seronok ketika berus ligat mewarna.
Serius! Lama sungguh tidak rasa puas melihat hasilnya.

dan...

Serius! Lama sungguh hati dan kotak fikir tidak segembira ini.
kerana..

Serius aku ingin sekali ke Venice!
Alhamdulillah..

P/s: Shera guna kertas yang buat sendiri (recycle from newspaper).

Shahira Khir

Friday, March 14, 2014

Attend Wed 2014

Salam..

Lama tidak mencoret diblog, walau ada masa terluang, pasti tak ada idea mahupun "mood" mahu tinggalkan memori. 
Hariini balik dari kerja, on laptop saja "upload" gambar diblog~biar tinggal memori disini~biar nampak perubahan pada diri dek usia makin meningkat...aha



saudara dan sahabat kenduri :)

Shahira Khir