Sunday, August 24, 2014

Lemah

Assalammualaikum..

"Ohh Ya rabb! Terima Kasih masih beri pinjam nyawa"

~dua hari tinggalkan seketika rumah makabah.

Lama aku duduk termenung, depan "laptop" pinjaman, sekejap aku tenung kotak nipis TV toshiba, sekejap aku tenung kembali laptop..Air nescafe separuh cawan yang ku bancuh masih berasap.."sikit pun" belum rasa mahu teguk. Lama aku duduk, "sikit pun" tidak mahu berganjak..aku duduk posisi bersila di kerusi, "sikit pun" tidak mahu kaki ini jejak dilantai.. Mungkin "sesal" tidak pun "takut"..tidak pun "malu" atas "khilaf" lepas. Iyer pagi Ahad, pagi untuk kebanyakkan rehat hujung minggu! Tiba-tiba aku cuma ter "imbau" cerita-cerita lama yang sudah jadi sejarah perjalanan cerita hidup. Serius aku benci perasaan itu, ianya "hempedu"! Serius dulu "aku bukan insan baik".. Aku alpha dengan duniawi sementara.. "Kolej", teman-teman, hantu-hantu! Bermacam rakan sekerja.. dan gelaran "kekasih sehidup semati"~ puii! Demi hari aku cuba melangkah pada "kebaikan", aku tidak mahu kembali pada yang lama..tapi dugaan itu sentiasa datang menguji, sentiasa! Setan! Ikut usia masih muda, tapi cepat sedar diri.. Sehingga aku jumpa kembali "racun" itu! aku cuba elak, elak! aku masih ingat padaMu Ya Agung, aku masih ingat padamu Ya pesuruh Allah-Muhammad, pada orang yang melahir ku, tapi....

emmmm...

aku hanyalah insan yang "teramat" lemah.. aku tewas akhirnya..sobs!
Sekali lagi aku ulangi "khilaf" yang sama. "Mungkin" bila dicerita pada umum, ianya mungkin "khilaf" biasa.. "Mungkin" orang boleh bicara itu "normal", bukan hal yang besar tapi..

bukan bagi aku!! aku sudah "pateri" janji itu, cuma aku tidak sedar "pateri" juga masih boleh rosak.. iyerr..masa dan usia tidak ingin kembali!

dan jawapannya aku "wajib" nasuha kembali..terimalah aku kembali wahai Ya rabb! Aku rayu T.T

where's my Safura..really I need you..

Hikmah atas segalanya

Shahira Khir

No comments: