Monday, August 4, 2014

Pengalaman

Assalammualaikum..

"Dengan nama ALLAH Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang."

Alhamdulillah, Allah masih beri pinjam nyawa!
hmm..mungkin saya masih muda..tapi dalam realiti dunia, boleh jadi sudah dewasa. Membesar dengan institusi keluarga yang sederhana, dapat bersekolah, ber"kolej". Pernah beberapa kali kerja, berlainan "company"..pernah mangangur berbulan.. kenalan baru sentiasa ada..Masya Allah! kenalan ramai yang baik dan juga sebaliknya. Takatnya sekarang masih cuba menapak untuk sebuah zon selesa hidup. Banyak saya "plan" sebab rahsia Allah tidak tahu bila mahu ambil nyawa.
   Pesan mak abah selalu ingatkan "Jangan sesekali lakukan pekara yang boleh merosakkan masa depan".. maksudnya banyak tesirat, kena berfikir sebelum buat sesuatu tindakan yang bolehkan dahi lama berkerut-kerut! Saya bukan baik tapi saya cuba jadi selalu baik. Makin ramai kenalan..tak kesah lah kenalan di "office", di muka buku, twitter, wechat mahupun blog ini sendiri, mana-mana saja di tanah dunia ini.
  Saya jumpa banyak pengalaman mereka. iyerr..sifat saya jujur, sebab saya harap dapat yang sama. Ikut usia sebaya, mungkin tak banyak boleh "share", tapi bila dapat kenalan yang "otai-otai" ni..macam-macam! Tak dinafi..ada yang bagus! "respect sangat" terus jadi inspirasi/idola. Ada yang mahu kembali kearah kebaikkan..lagi bagus!. Ada yang "rock kapak" yang baik hati "share" lagu2 album..ohh sangat terharu! ada juga adik-adik kakak yang sekolah ni "share" kisah cinta ya.. Eh ada juga mat- mat motor besau..suka weng2 konvoi pusing Malaysia! Oh ada juga yang cari wang lebih ber "bisnes"..sangat bagus! sebab saya juga ber"bisnes"! Tak lupa pada yang mahu "curi hati"..iyerr itu sangat kena hati-hati. :) Apapun terimakasih pada kenalan! Kiranya yang tidak jujur itu biarlah..itu kenalan berdalih! pengalaman direka..

Cuma saya masih cipta pangalaman! Mungkin tiba masa ada yang sudi kongsi bersama! :)

Shahira Khir

No comments: