Friday, October 22, 2010

Rabiatul Adawiyah

Salam semua. Semoga dalam keadaan sihat hendaknya.

Semalam Shera cuti bersempena Melaka Maju 2010!! yeahhhh tahniah Melaka.
Semalam, sahabat Shera , Nurul minta tolong temankan pergi Jusco untuk potong celcombroadband. Nak tak nak, Cik Shera kita pergi temankan.
Tempat yang wajib singgah di Jusco ialah kedai buku Popular..itu semestinya. Pergi Jusco mesti pergi Popular. Pergi popular mesti beli satu or dua buku. Jalan-jalan dalam popular terjumpalah buku Rabiatul Adawiyah (perindu cinta abadi) by Zahiruddin zabidi. Banyak-banyak buku terbaru dekat popular, tapi hati tetap inginkan buku ini...dah macam jatuh cinta dah... :P
Sampai saja dihostel dah malam tapi gigihkan juga untuk baca buku ni, ingat nak baca sampai habis tapi mata ni tak terdaya pula. Bangun je pagi tadi, terus capai buku ini dan terus habiskan membaca.. Ohhhh..Allah memang tersentuh baca cerita tentang sejarah srikandi islam ini. 

_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_

Jom Shera cerita sikit sinopsisnya, Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diaangkat tarafnya sebai wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan negara datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri(membujang) kerana cinta hatinya hanya untukNya.
  Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalm keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermaksud nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat belaiu masih muda. Tidak cukup itu, diculi dan menjadi hamba.
Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Untuknya Allah tahu yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada tempat sebaik-baik mengadu juga selain Allah. Sa,pai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya. All copy from Rabiatul Adawiyah novel.

So apa lagi. Jom baca Novel Sejarah Srikandi Islam ini (Rabiatul Adawiyah, perindu cinta abadi by Zahiruddin Zabidi). Anda akan menyukainya. Insayaallah..

Salam..


Shahira Khir

1 comment:

Fathrul Razi Md Nasirudin said...

Wah!bestlah review Kak Shera tentang novel ni.Bolehlah Kak Shera review novel lain pulak.Thanks for review!
Lepat pun suka baca novel.Tak kisahlah novel apapun.Last time baca novel adalah Novel Ayat Ayat Cinta.memang best gler novel cinta islamik ni.