Thursday, January 6, 2011

Nao Si Robot pintar

Assalammualaikum..
ouuuhhh sangat rindu untuk berblogging..
Semalam sangat bosan, even assigment bertimbun-timbun tapi tetap malas nak buat..oppppssss!haha
Actually tak ada la malas sangat..pepandai je u'all nihhhh..

Dalam bermalas-malasan tu, Shera godek-godek la youtube..dan ternampak robot comel ni..
NAO
ouhhhh..they's so cute..nak satu..nak letak kat rumah..eh nak banyak la..nak 10 ekor..biar banyak Nao ni kat rumah..Tak payah nak buat kerja rumah..suruh je Nao-nao semua ni buat..ahah
    
Apa itu Nao? Bruno Maisonnier, CEO Nao Foundation menyatakan Nao bermaksud otak atau terang.
Digolongkan sebagai robot humanoid, so Nao ni mampu menunjukkan ekspresi kemanusiaannya. Seperti mampu menunjukkan emosi seperti yang ditunjukkan oleh kanak2 berusia satu tahun. Nao ni dicipta oleh satu company di Jepun (Aldebaran robotic)
Nao juga mampu membuat perbagai pergerakan, seperti berjalan, menari, duduk, berdiri, menendang dan mengambil objek tertentu. Selain itu, robot ini juga mampu menolehkan kepala ke arah orang yang sedang bercakap atau sumber suara.
Nao memiliki ketinggian 58 cm dan berat 4.3 kg. Robot ini memiliki kemampuan autonomi selama 90 minit dengan gerakan jalan konstan serta boleh di-charge dan  dilengkapi dua kamera CMOS 640 x 480. 

Nao dilengkapi wifi sehingga mampu searh internet dan download. Nao juga dilengkapi speech function sehingga boleh merespon secara pantas email, buku atau dokumen lain yang dikirimkan padanya. harga korang boleh survey sendiri yaaa... :)

Nao merupakan partner yang baik dalam pendidikan.
Nao adalah robot humanoid yang menggunakan programming yang cukup friendly. Nao si pendek ni juga boleh menjadi cikgu kepada murid2..ouuhh..lepas ni semua cikgu2 gulung tikar la..haha

Nao menjadi tren zaman yang semakin maju..Juga sebagai peneman

Terdapat pelbagai warna..biru, merah, kelabu

Dekat Jepun, Nao di main futsal taw..hahah..Jepun memang negara maju dgn robotik..kagum!

Shahira khir


2 comments:

Lepat said...

menarik!robot pun ada feeling dah!

Shera said...

hahah
btol 2 lepat :)