Saturday, August 20, 2011

Kedekut

- Eh, ko ni kedekut la..
- Awak ni jangan la kedekut sgt!
- Alahhh jgn lah berkira sgt, 3 ringgit je pun..hadoooii.
- Hari2 makan tempe sambal dgn ikan! kedekut btol!
  Apa salahnya makan best sket bulan puasa ni! asyik tempe   
  jew..bla..bla
- Hari-hari mkn tempe tapi xputih pun..
  (p/s mkn tempe boleh jdi putih ka??..aha :))


Teman-teman selalu beranggapan Shera "kedekut".. :)
Shera bukan kedekut
tapi...


JIMAT & CERMAT.. :)
tapi kenapa??


simple answer : 
Shera bukan anak org senang.
- Tidak sekali suka lihat makanan tidak habis & basi!
- Shera tidak mahu susah dan kesempitan dilain hari.
- Bukan tidak ada duit tapi tidak mahu berlebihan belanja, nanti      
  sudah ter-over belanja kan susah. Byk benda lain lagi nak guna  
  duit.
- Sejak study dikolej. Shera tidak sekalipun minta 
  duit mahupun topup dari parent or siapa. Shera segan, sudah   
  besar panjang tapi mahu minta, melainkan family sendiri yg 
  ikhlas beri :). Bila ma tanya ada duit tak?  
  jwpan semestinya ada :).. Makan apa je harini? jwpannya mesti  
  mkn yg best2 padahal hari2 tempe sama ikan :(
- Hanya sara hidup dgn duit MARA
- Shera tidak merungut. Makan apa saja janji halal & khasiat. 
  (tpi shera elergi pada ayam sbb itu mkn ikan saja)


Berjimat cermat amalan mulia

Sesungguhnya Islam tidak melarang umatnya berbelanja, tetapi agama Islam mendidik umatnya tentang kaedah berbelanja secara berhemah iaitu dengan memberi keutamaan dan mendahului kepada perkara-perkara yang penting sahaja. Dalam hal ini Prof. Dr. Yusuf Qardhawi ada mengatakan bahawa: sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu’), dan rukun.
Perlu difahami gaya hidup berhemah berkait rapat dengan sifat berjimat cermat dan tidak membazir. Islam melarang dan menegah umatnya daripada membazir kerana ianya perbuatan keji. Islam menyifatkan pembelanjaan boros dan pembaziran adalah perbuatan keji kerana ia tidak memberi faedah kepada masyarakat dan menjauhkan lagi jurang golongan kaya dan miskin. Jika dasar berhemah ini di ambil kira, maka hak-hak serta kebajikan orang-orang fakir dan miskin dapat ditunaikan sepanjang masa. Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan dan syaitan amat suka kepada orang yang boros dan bebelanja mengikut kehendak nafsu. Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 27:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA mentafsirkan ayat ini, bahawa pembaziran itu bermaksud perbelanjaan atau menggunakan harta benda bukan pada tempatnya yang sebenar. Begitu juga dengan pandangan Imam Syafie bahawa pembaziran itu ialah membelanjakan harta benda bukan pada jalannya.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Rasulullah SAW sendiri hidup dalam keadaan yang amat sederhana, walaupun bukit dan gunung-ganang yang ada di sekitarnya pernah di tawarkan agar ia dijadikan emas dan perak, akan tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan tetap memilih cara hidup yang sederhana. Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW tidur di atas tikar dan bangun selepas itu dalam keadaannya badannya  berbekas. Lalu dibawa kepadanya oleh sahabat hamparan yang lembut, Rasulullah SAW bersabda: Apakah kedudukan aku di dunia ini? Tidakkah aku di dunia ini melainkan seumpama seorang pengembara yang berteduh di bawah pokok kemudian berlalu meninggalkannya. Diriwayatkan juga bahawa dapur Rasulullah SAW  hampir enam puluh hari tidak berasap, Baginda dan isteri-isteri hanya menjamah buah tamar dan air. Bukan kerana tidak mampu akan tetapi Rasulullah SAW suka untuk hidup dalam keadaan sederhana dan tidak melakukan pembaziran serta berbelanja mengikut hawa nafsu. Dalam penjimatan penggunaan sumber tenaga, Rasulullah SAW menyeru umat Islam supaya tidak membazir dalam pengambilan wudu’ atau air sembahyang. Rasulullah SAW bersabda kepada Saad bin Abi Waqqas  RA ketika beliau berwudu’:
 Mafhumnya: Daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘As bahawa Rasulullah SAW lalu berdekatan Saad yang sedang berwudhuk. Sabda Baginda: Pembaziran jenis apakah ini, wahai Saad? Maka Saad berkata: Dalam wuduk pun ada pembaziran? Rasulullah SAW menjawab: Ya, walaupun kamu berwuduk dalam sungai yang sedang mengalir . ” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)

Bagaimanapun dalam dasar hidup berhemah ini kita juga hendaklah menjauhi sifat bakhil dan kedekut. Dengan mengamalkan sifat bakhil dan kedekut ini melambangkan bahawa kita tidak bersyukur kepada Allah SWT dan tidak menunaikan tanggungjawab serta amanah Allah. Firman Allah SWT dalam surah al-Furqaan ayat 67:

Maksudnya: Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan perbelanjaan mereka adalah betul sederhana. ”


marilah sama-sama kita mengamalkan sikap berjimat cermat serta menjauhi sifat membazir agar mendapat keberkatan dari Allah SWT. Malahan dengan mengamalkan sikap berjimat cermat ia akan mendatangkan banyak faedah kepada diri kita dalam banyak perkara diantaranya, kita akan mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT. Kita juga akan terselamat dari muflis akibah hutang dan berbelanja berlebihan menurut hawa nafsu serta kita juga akan mempunyai simpanan yang dapat menjamin hidup kita disaat menghadapi kesusahan. marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 20:

Maksudnya: Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak sebarang pengetahuan atau petunjuk; dan tidak berdasarkan Kitab Allah yang menerangi kebenaran.


Waallahuallam..

Shahira Khir




17 comments:

Cikgu Amin said...

bukan kedekut, tp jimat cermat ... huhu

org lain x akan faham apa yg kita rasa ...

ukur baju di badan sendiri .. :)

Shera said...

betul tu avam ming..
org tak akn paham..
btw terimkasih sudi singgh sni :)

Unknown said...

saye nak berjimat cermat tapi susah la.. nak contohi shera lah lepas ni :p

Shera said...

kalau ada rezeki lebih apa slhnya belnja lebih sikit tpi jgn membazir..hee :)

yayaismile said...

yunk.. awak x kedekutlah..
awak berjimat cermat..... sume tuk kebaikan awak gak kan... hehehe sayerp pun nak contohi gaklah.. :)

Shera said...

Terimakasih sudi komen disni ye miszyaya :)
Sama2lah kita brjimat :)

kazisha said...

rindu nak makan tempe sama2 ngan adik la :)

Shera said...

hahaha....adk pun la sygku ikin..
kte mmg penggemar tempe kan..heee :)

NURULHUDAAMTHALHAH said...

shera nie anak yg baik la. sedih pulak bila baca.

Shera said...

eh takada lah baik sgt :)
jgn sedih2..selamathariraya huda :)

Anonymous said...

done follow

NURULHUDAAMTHALHAH said...

yelaa, tak menyusahkan ibu bapa
baguslah tu
eheh hari raya seminggu lagi lah
tapi tak apa lah, selamat hari raya jugak
hehehe

Shera said...

SelmtharirayaMaafZahirBatin huda..hehe
kerja baik2.. :)

NURULHUDAAMTHALHAH said...

hehehe
thanks
shera pn kerja baik baik okey
sem depan kita jumpa
orite :))

Sallehudin Mohamad said...

best lah entry ...bnyak2 kn story fasal agama lagi ye >,+

Shera said...

huda: ok2 sem depn jumpa lgi :)

sallehudin: terimakasih..inshaallah shera story ttg agama lgi :)

Anonymous said...

bykkn lgi bce2 hdis yee..bgos amlan tu...tmbh2 dibuln pose ni...:)