Thursday, September 29, 2011

ouhh Allahim!

Cakaplah buruk mana skalipun, umpatlah teruk mana sekalipun..namun saya tetap anak bongsu pasangan Khir & Rohani yang sama mereka kenali sejak azali lagi...
Carutlah dengan perkataan-perkataan keji sekalipun, saya akan terus bersabar kerana saya tahu saya tak akan mecarut kepada sesiapa..
Caci dan kutuklah sampai puas hati-hatimu sekalipun, saya akan buat-buat tak dengar dan lupakan..
Ceritalah dan buatlah cerita tentang saya kepada semua, sesungguhnya saya dan ya Rabbi saja yang tahu kesahihannya..
Prasangka buruklah dengan saya, sesunguhnya saya bersangka baik kepada kalian dan redha dengan segalanya..
Sesungguhnya percayalah, perkataan Maaf saya pohon itu tulus dan ikhlas dari hati akan dosa-dosa saya yang lampau..
Pekiklah dan jeritlah kepadaku sekuat-kuat suaramu mampu lakukan, sikit pun saya tak marah walau dimalukan kerana saya tahu kalian tidak mengerti. Saya simpan pekikkan mu itu dikotak hatiku sebagai senjata untuk saya jadi lebih kuat untuk mendekatkan lagi diri dengan Ya muhaimin.. 
Pandanglah saya dengan perasaan benci dan keji sekalipun, saya tetap terima dengan hati yang terbuka kerana tiada gunanya bermasam muka sesama saudara Islam..
Sesungguhnya saya amat sesali dosa yang lampau. Sedikit pun saya tak gentar dengan gertakan kerana saya jadikan Allah sebagai pelindung kepada segalanya..

Jgn disebabkan kesilapan yang sedikit,
kita lupa kebaikkan yang berjuta.




Hamba bertakwa terima ujian hidup lebih hebat!
SETIAP manusia pasti akan menghadapi liku-liku putaran hidup. Adakalanya kita berada megah di atas dan ada kalanya kita berduka di bawah. Kedua-duanya adalah ujian bagi kita sebagai hamba Allah, dan bagaimana kita menghadapi ujian itu.
Allah berfirman bermaksud:
“Dialah yang sudah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat.” (Surah al-Mulk, ayat 2)
Ujian daripada Allah meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun yang derhaka. Malah, ujian bagi hamba-Nya yang taat lebih hebat berbanding dengan mereka yang ingkar.
Rasulullah SAW pernah ditanya:
“Ya Rasulullah, siapakah paling keras mendapatkan ujian? Baginda menjawab: Nabi dan pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat, maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah, maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)
Justeru, segala ujian daripada Allah harus ditempuh dengan penuh kesabaran supaya ia dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya.
Firman Allah bermaksud:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 157)
Sabar adalah teguh dan tetap berada di atas landasan dikehendaki agama apabila berhadapan atau menentang sesuatu pengaruh ditimbulkan hawa nafsu baik ketika ingin mengerjakan perbuatan mencari ketaatan Allah, melakukan perkara maksiat dan ketika ditimpa musibah.
Manusia sentiasa berada dalam situasi di mana pengaruh agama sentiasa berperang dengan hawa nafsu. Demi menjamin hawa nafsu dapat ditewaskan, maka sifat sabar perlu ada bagi setiap orang beriman.
Allah berfirman bermaksud:
“Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’, ayat 35)
Daripada ayat di atas dapat kita nyatakan bahawa ujian yang perlu dihadapi manusia terdiri daripada dua bentuk. Pertama, perkara yang sesuai dengan hawa nafsu manusia seperti kekayaan, berjawatan tinggi, terkenal dan mengecapi semua nikmat dunia yang lain.
Manusia ketika ingin mencapai nikmat dunia, mereka perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh serta bersabar. Apabila nikmat itu sudah dikecapi, maka ujian yang datang dari-Nya juga begitu hebat, maka kesabaran memainkan peranan penting demi menjamin nikmat dunia yang diperoleh itu dipergunakan sesuai kehendak Allah dan Rasul-Nya.
Kedua, ujian yang tidak secocok dengan kehendak hawa nafsu manusia. Ia boleh terjadi disebabkan perbuatan atau usaha manusia itu sendiri ataupun datang di luar kawalan manusia seperti bencana yang tidak dapat dielakkan.
Ujian yang tidak selari dengan hawa nafsu kita, tetapi terjadi disebabkan perbuatan manusia sendiri termasuk aspek ketaatan. Manusia memerlukan kesabaran tatkala hendak melaksanakan amalan berbentuk ketaatan.
Ujian dihadapi seseorang apabila hendak melaksanakan ibadat jika tidak dihadapi dengan penuh kesabaran akan menyebabkan gagalnya pelaksanaan amalan itu. Contoh mudah, apabila kita hendak melaksanakan solat tahajud atau subuh, kita perlu menghadapi ujian malas untuk bangun awal. Jika tidak sabar menghadapi ujian, akhirnya kita memilih tilam serta bantal empuk daripada beribadah di atas sejadah.
Manusia juga memerlukan kesabaran tegar untuk menghindarkan diri daripada melakukan maksiat manakala, ujian penganiayaan sesama manusia, kematian, bencana alam, kecacatan, penyakit, memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menghadapinya.
Harus diingat, musibah yang menimpa manusia ada hikmah yang tersembunyi. Justeru, dapatlah kita fahami bahawa semua umat manusia terdedah kepada pelbagai bentuk ujian daripada Allah dan sifat sabar dapat membantu mereka menangani cabaran yang datang.
sumber sini
wassalam.

Shahira Khir

No comments: