Saturday, December 24, 2011

Suram

Syukur, selesai sudah tugasan semester lepas...huh! 
Kira-kira lima bulan juga tinggal bersama keluarga..
"sangat gembira!" :)
Kediaman yang selesa walaupun sederhana, kamar belakang yang kecil tapi tetap ceria.
Katil lama yang masih empuk untuk nyenyak, makanan yang dimasak bonda setiap hari sarapan dan hidangan malam.
Rindu pada lauk "ikan rebus goreng", walaupun lauk biasa-biasa saja tetapi tetap menjadi ingatan kerana itu air tangan bonda tercinta.. ma, adk rindu!
Rindu bersenang-lenang tonton siaran televisyen kegemaran.
Rindu dengan teman-teman baru ditempat tugasan :)
Wah indahnya bila bersama keluarga dan kediaman sendiri!
betul bukan? :)


Kini..


Harus pulang semula ke kampus..huh!
Jalani kehidupan sebagai pelajar semula..
Banyak kurangnya, lagi-lagi wang..
Dengan hutang perbaiki dan format semula laptop yg masih tertunggak..Wang seharian lagi! sabar sajalah...
Belajar memang banyak gunakan wang, semuanya wang!
Kesian pada keluarga kerana banyak menyusahkan..
Sekarang sangat susah tapi...
alhmdulillah masih punya teman untuk kongsi makan dan tawa.
Biarlah berkekalan hubungan..
Minta-minta lulus dengan cermelang kerana ini semester akhir untuk perjuangan..
Inshaallah dapat kejayaan..


Pabila malam tanpa hujan, timbul bulan dan kelipan bintang..
hati dan fikiran mesti terbang teringat keluarga. Semua bawa haluan sendiri..bila dapat bersama semula agaknya..rindduuuu! 


Shahira Khir

No comments: