Sunday, September 29, 2013

Perbualan

Kisah 2 cerita dalam hari yang sama~  

Sudah agak lama~ Akhirnya, sekali lagi kaki ini berpijak atas tanah kebanggaan Hang Tuah~ Di Hentian Bas, senang duduk termenung menunggu, Aku disapa seorang lelaki entah tidak tahu mana munculnya, terus saja menyatakan perihal seorang wanita berperilaku sumbang! Ayatnya sinis menyoal akan wanita berhijab tidak punya maruah! 

Lelaki: Termenung ke? tunggu siapa?
Aku: Kawan.. "serius terkejut tak perasan dari mana dia muncul"
Lelaki: Bf ke?
Aku: Bukan..perempuan..
Lelaki: Yelah tu.. Orang sekarang bukan boleh percaya dik oiii

aku diam saja..demi tuhan! sikit pun aku tidak berminat bercakap dengannya

Lelaki: Bukan apa lah..tadi saya nampak pompuan bertudung tapi "beromen" belakang kedai sana tu! Pakai tudung tapi perangai teruk!

Aku hanya acuh mendengar, telinga ini bingit, pandangan ini sikit pun tidak focus pada si lelaki. Kelihatan macam orang GILA bicara keseorangan. Makin aku biarkan makin kuat caciannya. Makin kuat juga gelodak amarah ini.

Aku   : Semua orang tak sama bang! tak mungkin semua yang berhijab bergitu..mungkin kurangnya didikan,kurang pengetahuan..

Lelaki: Tapi kebanyakkan macam tu.. Kepala je tutup kemas, tapi pakai baju ketat, ikut jantan! Bukan nak tuduh adik tapi ini yang saya lalui sejak 15 tahun tinggal sini.

  Jadi makin banyak pula soalan ditanya padaku. Sepatah dijawab, makin berjela panjang bebelan. Sehingga masuk ke alam silamnya..kisah perkahwinan mudanya..kisah bekas isterinya..kisahnya bekerja di Damansara..Kisah tingginya kos sara hidup di Kuala Lumpur..bla..bla
Dalam hati ini bicara "hey bro! sikit pun aku tidak mahu tahu lahhhh!" dan "sikit" pun dia tidak perasan yang muka ini "sikit" pun tidak berminat akan ceritanya dengan kata-katanya yang kasar, cemuhan-cemuhannya yang kesat..semuanya dituju pada wanita!

Lantas aku bangun minta diri..langkahku laju terus menuju ke surau, kebetulan sudah waktu Zohor. Serius aku masih terkejut dan takut masa itu..
Usai Solat Zohor, lama aku berfikir..

 "Seramai wanita disitu, kenapa pilih aku untuk lepaskan amarahnya? Adakah perilaku aku nampak seperti wanita-wanita jahat? Mungkin aku kelihatan seperti menunggu "jantan"? Mungkin juga, rupaku iras seperti wanita yang beromen belakang kedai sana? Ataupun dia mahu menguji dan berminat untuk mengetahui pendapat aku tentang wanita behijab? Ataupun saja di mereka cerita, mental!

   Di surau, saja aku duduk disudut belakang bersandar pada dinding bersebelahan seorang wanita, rupa paras seperti cina. Aku seperti biasa, senyum sebagai modal untuk bertegur dan wanita itu turut senyum kembali dan mula berbicara :) ...

Wanita Cina : Dari mana?
Aku : KL
Wanita Cina : Buat apa datang sini?
Aku: Tengok teater kawan dekat duyong sana..
Wanita Cina : Pergi sana macam mana?
Aku : Kawan ambil..tengah tunggu lah ni :)

Jadi, aku diam saja sambil sandar pada dinding sehingga tiba-tiba dia bersuara..

Wanita Cina : Saya takut lah..Saya rungsing..
Aku : Kenapa?
Wanita Cina : Suami saya sudah 5 bulan tak balik rumah..
Aku : Pergi mana?
Wanita Cina : Kerja dekat Sabah
Aku : Tak call dia? sms?
Wanita Cina: Sudah2..setiap hari sms-call..tapi dia tak pernah jawab. Call saja mesti voicemail, sms tak pernah reply. "sambil jari-jarinya tekan no suaminya"
Aku : Habis tu 5 bulan tak jumpa..tak beraya samalah?
Wanita Cina : Tak lah..
Aku : U ni mix cina ya..saja tanya?
Wanita Cina : Saya lahir memang cina. Saya kawin dengan orang melayu jadi saya masuk Islam..
Aku : ohh! Jadi sudah berapa lama masuk Islam?
Wanita Cina : Baru 3 tahun..Saya takut lah..takut! Tak tahu nak buat apa?
Aku : Takut apa nya?
Wanita Cina : Saya mengandung sudah 4 bulan lebih. Duedate saya bulan 1 tahun depan, dengan suami saya tak tau pergi mana?
Aku : Sorry tanya..sekarang u tinggal dengan siapa?
Wanita Cina : Dengan keluarga angkat..Melayu
Aku : Kenapa tak tinggal dengan keluarga u?
Wanita Cina : Saya asal Johor.. Family saya buang saya sebab saya masuk Islam, sebab saya kawin dengan orang Melayu..Diaorang taknak saya lagi "matanya sudah bertakung air mata"
Aku : So sekarang kerja mana?
Wanita Cina : Kerja dekat kedai makan keluarga angkat..
Aku : U tak pergi jumpa keluarga suami ke?
Wanita Cina : Masa mula2 kawin pernah suami saya bawak pergi rumah family dia..tapi family dia tak suka kami kawin.. Jadi sekarang saya tiada siapa2, keluarga angkat selalu tutup kedai pukul 1,2 pagi..saya penat dengan mengandung lagi..saya risau jadi apa2 pada anak dalam perut ni.."sambil nangis"   
Aku : Diam saja dan hanya mampu lihatnya menangis.. 

Hati rasa tersentuh sangat.. Bagaimana seorang wanita mengandung mahu harunginya seorang diri dengan ketiadaan suami dan keluarga disisi.. 
Serius aku sebak! T.T
Bertapa besarnya dugaan seorang wanita yang memeluk Islam dan mengahwini lelaki Islam yang tinggalkan dengan keadaannya yang sarat mengandung!

Tidak lama lepas itu, wanita itu bangun dan hanya terukir senyum pada ku lantas pergi tinggalkan aku..Itulah kali pertama dan kali terakhirnya aku lihat dia.. Aku juga menuju ke duyong.. Sampai sekarang aku tidak sama sekali tahu akan namanya tapi raut wajahnya masih segar difikiran..

Tiba-tiba rasa benci pada tanah ini, sebetulnya "takut" pada orang menumpang di tanah ini.

Waallah hu allam..

Shahira Khir





No comments: