Assalammualaikum..
Semester baru memang tough, ouuuhhhh...dah mengalahkan perdana
menteri busy nya Cik Shera ni. Dalam busy2 pun sempat tulis blog kan..ishhh.. Ok hari ni kelas habis jam 4pm...usai solat Asar terus BOoooooMMmmmm atas katil.. Magrib baru bangun...Sebenarnya tak baik tidur selepas Asar, nanti pelupa dan kemungkinan gila.
Tapi tadi memang penat sangat2 ouhh, lagi2 petang tadi hujan..memang sedap tido lah..
Roomate Mimi & Aisyah keluar berfoya-foya..aha :)
So tinggal la sorang2 dalam bilik.. Dalam jam 9 baru semua ada dalam bilik.
Tetiba perut berbunyi..ouuhh tandanya perut mintak makan lah tu.. Baru ingat pagi tadi je makan. Sarapan nasi lemak. Nak turun pergi cafe malas. Nanti habis Rm5.. Lari bajet ouuhh..Duit MARA utk bulan ni tak brapa cukup sebab dah bayar yuran kolej. Nak mintak duit dengan parent, tak payah lah kot. Shera kan dah besar..pandai berdikari kan..hekhek :)
Then Mimi blk bawa kuew teow & aisya bawak sotong goreng..
ouhhh alhamdulilah, Allah beri rezeki. :)
20 Amalan murah rezeki
1) Menyempatkan diri untuk beribadah
2) Memperbanyakkan istifar
3) Tinggalkan perbuatan dosa
4) Sentiasa ingat Allah
5) Berbakti dan mendoakan ibubapa
6) Berbuat baik & menolong orang yang lemah
7) Tunaikan hajat orang lain
8) perbanyakkan selawat
9) Buat banyak kebajikan
10) Berpagi-pagi (menurut Rasullulah mulakan aktiviti harian usai
solat subuh, baru berkat)
11) Menjalin sillaturahim sesama umat
12) Sentiasa dalam keadaan berwuduk
13) Bersedekah
14) Kerap melakukan solat malam
15) Melazimi solat Dhuha
16) Sentiasa besyukur pada-Nya
17) Mengamalkan zikir & bacaan Al-quran
18) Berdoa
19) Beriktihar
20) Tawakal
Boleh juga tekan sini untuk lebih fahaman.
Mudah-mudahan kamu semua sentiasa dilimpahi rezeki dari Allah :)
Selamat mencuba!
Shahira Khir
10 comments:
alamk no.3, 7 & 14 agk ssh sket nk wt...xpelh try wt skit2...gud info
LOVE LETTER FROM 8 YEARS OLD BOY
haha...
ermm..kita semua tak sempurna.
insyaallah boleh :)
bestlah kak sheera dapat mkng free..rezeki Allah kan.
hahah...rezeki tu lepat..
alhamdulillah
memang penat awal2 sem nie....
same macam nad.....
duit pon laju je kuarnya.....huhu.....
terima kasih tuk tips.....
moga kita semua dipermurahkan rezeki oleh-Nya.....
dan sentiasa berada dalam keredhaan-Nya.......
alhamdulilah..
insyaallh moga kita selalu dimurahkan rezeki & diredhaiNya..
amin.. :)
nak amalkanlah..hehe..trimas fer sharing;)
welcome2..:)))
Amin... :)
Amin.. :) btw keep in touch ya
Post a Comment